01 February, 2015

Pergaulan.


Kalau ikutkan hati, perasaan takut tu sangat kuat untuk aku keluar dari alam persekolahan. Takut sangat nak bertemu dengan masyarakat luar. Bagaimanakah cara mereka ? Bagaimanakah sikap mereka ? Apa yang paling aku takut sebenarnya ialah cara pergaulan mereka. Sedangkan di sekolah juga, aku nampak pergaulan antara lelaki dan perempuan pun ada yang melampaui batasan. Setiap malam aku memikirkannya. Aku takut aku terjebak dalam mana mana gejala sosial di luar sana.

Semakin lama, semakin berleluasa kes bunuh diri sebab putus cinta lah, kes buang anak lah dan banyak lagi. Itu adalah antara salah satu sebab kenapa Islam ada batasan antara lelaki dan perempuan. Ni nak tanya sikit. Perlu ke kita ada hubungan yang terlalu rapat dengan lelaki mahupun perempuan ? Nak berbincang mengenai pelajaran ? Boleh je, tak salah. Tapi ! Perlulah di tempat yang ramai orang dan perlulah bukan berdua-duaaan.

Ya Allah, geram sangat rasa bila nampak ada lelaki dan perempuan berpegangan tangan, berdating, upload gambar duduk atas riba lah, cium lah. Itu agama Islam. Kalau yang perempuan tu lawa dah tengok, pakai tudungnya lagi. Tapi itulah, terlalu mudahnya seseorang terpedaya dengan pergaulan orang bukan Islam. Orang Kafir ni, mereka memang pandai buat kita lalai. Ibarat kata orang, petik jari je terus jatuh.

Hawa, mahalkan diri kamu. Jangan membiarkan sesiapa yang bukan halal mu menyentuh tubuh badan mu. Kamu yakin ke bahawa lelaki itu jodoh mu ? Kamu yakin ke dia yang di tetapkan oleh Allah untuk mu ? Cinta ni awak, fitrah tahu tak ?! Jangan jadikan ia sebagai fitnah. Aku sendiri pun ada perasaan. Ada juga kadang kadang ingin rasa untuk bercinta seperti kawan kawan yang lain. Namun, aku tabahkan hati. Kerana apa ? Kerana aku percaya Allah dah sediakan yang terbaik untuk aku berbanding apa yang ada di depan mata aku.

Seperkara lagi, kawallah sikap mu hawa. Jangan ketawa terlalu kuat, jangan berpakaian menampakkan tubuh badan mu. Adam itu hancur kerana kita. Adam itu gugur iman nya kerana kita. Jangan biarkan Islam ini runtuh tanpa pemimpin yang benar. Bila ditanya "Awak nak suami yang macam mane ?" Jawapan yang diberi subhanallah. Sedap je telinga mendengar "Saya nak suami yang kuat imannya, yang cukup solatnya, yang adil dan selalu bertanggungjawab dalam hal keluarga."

Tentu semua orang nak cari suami/isteri yang macam tu. Takkan nak cari yang jenis suka berfoya foya. Tentulah kita nak cari yang dapat bawa kita ke syurga. Jadi, tidak perlulah kita mencari. Kita tunggu sahaja kerana ia pasti akan datang dengan sendiri nya. Tetapi, kalau nak cari yang soleh dan solehah, mestilah kita dahulu yang ubah diri. Jadilah hambaNya yang taat akan suruhanNya. Jangan tinggalkan kewajipan kita sebagai ummat Islam. Dahulukan apa yang penting berbanding apa yang dapat melalaikan kita.

In shaa Allah, sama sama kita ubah diri. Transform segala yang perlu di ubah. Ummat Islam kena tabah dan pandai menjaga diri. Mahalkan diri mu. Jangan mudah terpedaya dengan apa yang orang Kafir telah lakukan untuk buat kita lalai. Percaya bahawa Allah sentiasa ada bersama kita tak kira susah dan senang. Jadi, kita juga hendaklah sentiasa mengingatiNya dan jangan pernah lupakanNya.