19 August, 2019

From school to university

Wah wah.. Terakhir kali tulis entry pada 31 Julai 2016. Waktu tu saya dalam permulaan nak bertatih dalam bidang penulisan. Rasanya belum terlambat nak cerita. Alhamdulillah, BM SPM saya A+. Kawan-kawan yang baca ni pasti dah bosan sebab saya selalu cakap macam ni kat dia orang 

"Mesti pemeriksa kertas tu tengok caption aku kat IG, sebab tu boleh dapat A+." Hahahaha.

Bukanlah bermakna saya selalu bangkitkan isu BM A+ kerana result lain teruk sangat. Tapi, saya cuma nak tunjukkan bahawa minat kita terhadap sesuatu perkara seperti bidang penulisan ni boleh bawa kita kepada satu tahap yang saya tak pernah jangka. Saya bukanlah pelajar target. Bahkan, saya tak pernah dapat A pun dalam subjek BM. Alhamdulillah.

Jadinya, saya dah tamat sekolah di Sekolah Menengah Agama Padang Tengku pada tahun 2017.
Warna-warni sangat kan baju batik sekolah kami? Hehe.

Saya pun menikmati cuti macam orang dah tak nak sambung belajar. Hehehe, Eh, dalam seronok bercuti tu pun ada lah bunyi-bunyi nak bincang pasal sambung belajar.  Ibu ada menyatakan hasrat supaya saya ambil STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia). Baiklah, saya turutkan sahaja.

Apabila keputusan tempat STAM keluar, saya dapat sekolah yang saya berharap saya tak dapat. Nak salahkan sesiapa pun tak boleh, sebab saya sendiri letak sekolah tu dalam pilihan saya. Kononnya dah tak nak sambung dekat sekolah sendiri. Macam macam orang saya tanyakan untuk tukar sekolah. Akhirnya, berjaya tukar. Betullah apa ustaz ustazah saya kata.

"Korang ni, kalau dapat sekolah selain daripada Kuliah tu mesti nak pindah SMAPT semula." Hahaha, baiklah.

Saya masih tak boleh lupa (geli hati) ayat ustaz waktu hari kedua saya datang sekolah.

"Eh ada orang sesat masuk sekolah ni. Pergi balik sekolah sana. Warga asing ni." - sambil gelak-gelak. Biasalah ustaz nak bergurau kan? Kita mampu nak tersipu malu jela, merah padam muka tahan sebab ustaz cakap kuat kat kantin. Hahahaha.

Saya masuk STAM bukanlah semata-mata atas sebab hasrat ibu sahaja. Tapi, keinginan nak sambung belajar di luar negara iaitu Universiti Al-Azhar, Mesir lagi membuak-buak. MashaAllah, belajar di bumi yang penuh para ulama' hebat. Ilmu agama yang tidak pernah berhenti dihidangkan. Saya selalu tengok instagram senior senior yang dah sambung belajar dekat sana. Seronok!

Malangnya, siapa sangka. Saya tak dapat nak kawal perasaan. Sampai sekarang sebenarnya saya masih tak jumpa jawapan kenapa saya sampai menangis nak berhenti STAM. Saya cuma mampu bersangka baik yang mungkin Allah dah tetapkan sesuatu yang lebih baik dekat tempat saya berada sekarang. Semua benda tak jadi waktu itu. Kalau boleh, setiap hari nak nangis. Hahaha, muka je orang kata nampak garang tapi hati tisu. Saya cuba bertahan semampu yang boleh. Saya habiskan apa yang saya dah mulakan. 

Yeayyy, kami menang Bahas Bahasa Inggeris Terbuka Menengah Tinggi (round 1 je). Tak mampu nak kalah pasukan seterusnya sebab tak prepare. Hahaha. Kami tak sangka langsung. Jadinya, tak banyak isu yang kami boleh bawakan untuk topik seterusnya. 

Kebetulan, pertandingan ni berlangsung selepas beberapa hari keputusan SPM diumumkan. Setiap daripada kami ada perkara yang masih pahit nak telan sebab tak dapat nak terima kenyataan. Saya masih ingat apa yang Cikgu Lina (cikgu bahas) beritahu kami,

"Nampak tak? Dalam korang bersedih sebab result SPM, Allah bagi korang hadiah macam ni. Setiap orang ada rezeki masing-masing."

Oh ya, Cikgu Lina sebut macam tu sebab kami dah pecahkan rekod. Sebelum ni, tak pernah lagi sekolah kami menang round 1 untuk Terbuka Menengah Tinggi. So yeahh, alhamdulillah.
Ini hadiah buat Cikgu Lina dan Sir Akmal. Thank you for 3 years.

Saya tak banyak gambar waktu STAM sebab 3 bulan je stay dan lagipun saya duduk asrama.

Kembali lagi saya dalam rancangan duduk santai di rumah. Saya tak pernah berhajat nak cari kerja waktu cuti sebab kalau boleh saya nak duduk rumahhhhh jeeee. Hehe taklah, gurau je. Tapi, orang yang cari saya untuk kerja. Saya tak tolak sebab sebab saya rasa mungkin ada baiknya saya keluar cari duit daripada menghabiskan beras. Haa kemain kan? Haha.

Jadi, saya pun kerja taska. Kawan-kawan ingatkan saya ni kerja taska sebelah rumah. Tapi sebenarnya, perumahan lain yang saya sendiri tak pernah jejak. Haaa, orang yang minta saya kerja tu pun sebenarnya saya tak rapat pun. Benarlah, perancangan Allah tu kadang-kadang kita tak boleh nak jangka pun.

Ini antara perkara saya tak boleh nak lupa sebab KELAKARNYA YA ALLAH, AYAH DIAAA. Siap lukis tu gambar kucing. Mungkin anak patung kot hahaha.

Tugas saya kena mengasuh baby. Ada dua orang baby. Eeeeeii comel sangat. Saya tak berani nak upload gambar sebab takut parents mereka nak privasi untuk anak-anak mereka. Macam-macam kerenah. Ada yang kuat menangis, ada yang manja, ada yang suka menyanyi, ada yang kuat makan. Hahahaha. Alahai rindunya ticer kat kamu semua ;')

Dalam kita seronok bekerja, hati ibu mana tak risau tengok anak dia tak sambung belajar macam orang lain. Sementara tunggu keputusan UPU, ibu cadangkan untuk saya sambung belajar STPM (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia). Seperti biasa, saya turutkan sahaja sebab takut tak dapat U.

Jadi, saya tinggalkan taska yang saya baru sahaja bekerja untuk 2 minggu. Alhamdulillah, dapatlah pengalaman bekerja bawah orang. Majikan (Kak Nor) saya sangatlah baik orangnya. Walaupun saya hanya bekerja untuk 2 minggu, dia berikan saya hadiah yang tak pernah saya dapat daripada orang lain. 

OKAY, CUBA TEKA HADIAH APA?

AL-QURAN
Semoga Allah sentiasa lindungi Kak Nor sekeluarga ;) Terima kasih akak.

Baiklah, nak pendekkan cerita sebab sekarang dah pukul 2 pagi. Heheh. Saya hanya bertahan selama 2 minggu juga di sekolah baru STPM tu. Saya dapat masuk UiTM, Raub course Pengajian Perbankan (BA119). Alhamdulillah kerana Allah permudahkan segala.

Sebenarnya, saya rasa bersalah pada seorang kawan baru saya di STPM. Saya beritahu dia "Jangan pindah tau." Saya cakap macam tu sebab saya sangat tak yakin untuk dapat U. Bahkan, saya banyak tulis pilihan upu yang 50-50 je suka. Ada dua pilihan yang saya suka, saya letak pada kedudukan 1 dan 2. Tapi, dua dua tak dapat. Course yang saya dapat ni adalah pilihan yang ketiga.

"Perancangan Allah beribu kali lebih baik daripada kita."


Mereka berdua antara yang rapat dengan saya waktu STPM 2 minggu tu. Hehehe. Terima kasih awak berdua dan juga kawan-kawan yang lain.


Dalam pada kau cuba bermimpi melihat masa hadapan, lihatlah cermin dan bertanya pada diri sekiranya kau mampu untuk menanggung segala risiko akan datang?

Ya, benar. Kita kembali lagi dalam rancangan menternak lemak. Hahaha. Tidaklah, saya bergurau je. Kali ini, saya agak sibuk dengan urusan nak masuk U. Nak kena print itu lah, tandatangan orang tertentu lah, beli barang-barang keperluan, agihkan duit yang sepatutnya dan sebagainya.

Setiap kali solat, saya minta pada Allah agar permudahkan segala urusan saya untuk masuk UiTM dan segala urusan saya ketika di sana. Tipulah kalau saya kata saya tak risau langsung. Banyak kali ibu tanya sekiranya ini keputusan yang memang saya nak atau sebaliknya. Abah bersikap sangat tenang dengan mendiamkan diri dan ikut sahaja apa keputusan yang saya buat. Syukur. Saya percaya ibu hanya risau sebab saya asyik keluar masuk dari STAM - STPM dan kini Universiti.

Saya percaya Allah dah sediakan sesuatu untuk saya. Allah pasti dah gerakkan hati saya untuk buat keputusan sedemikian kerana Dia pasti ada perancangan yang terbaik buat hamba Dia. Kita kena yakin dan pasti dengan setiap perkara yang berlaku. Jangan salahkan sesiapa. Cuba bersikap tenang dan redha. Istighfarlah sahabat!

Saya tak nangis. I'm okay.

Langit Raub pada waktu maghrib. Cantikkan?


Bangunan blok Sarjana dan Cendiakawan iaitu tempat dimana kami belajar. Kelas.

Saya jumpa dengan pelbagai jenis manusia dekat sini. Semakin jauh kita pergi, semakin ramai orang yang kita akan kenal. Percayalah, setiap orang yang kita berkenalan juga adalah salah satu perancangan Allah.

Sekarang ni tengah cuti sem. InshaAllah 2hb Sept bermulanya semester baru. Wahh, pejam celik pejam celik dah sem 3. Alhamdulillah.

Saya banyak terima soalan daripada kawan-kawan yang masih belum melangkah ke alam universiti yang berbunyi seperti ini..

"Macam mana assignment u?"
Baiklah, saya nak jawab beria pun takut salah pula. Apa yang saya boleh cakap, setiap pensyarah ada 'citarasa' mereka yang tersendiri. Ada lecturer ni dia nak macam ni, ada lecturer ni pula dia nak macam tu. Conclusion, banyak bertanya. Jangan takut! Walaupun dia garang, korang kena hadap sebab saya ada kawan yang banyak kali kena reject assignment. Korang prefer kena reject atau kena marah? Haa pilih. Mostly, tugasan lebih kurang macam kerja kursus sekolah tapi tentunya lebih mencabar berbanding sekolah. Apa pun, semoga berjaya. Saya sendiri pun masih struggle lagi ni.

"Kawan-kawan kat u okay tak?"
Korang nak tahu tak perkara pertama saya bagitahu sendiri bila masuk u apa?

"Jangan menangis depan orang."

Saya didik diri saya untuk jadi tabah mental dan fizikal. Saya yakin ada kawan-kawan yang baik dan akan risau kalau saya menangis. Saya tak nak perkara macam tu berlaku. Saya bagitahu diri sendiri bahawa mereka sibuk. Sebolehnya, saya nak cuba berdiri di atas kaki sendiri selama yang saya mampu. Saya tahu, kadang-kadang saya kalah. Tetapi, saya juga percaya bahawa tiada siapa akan bantu kita kalau kita sendiri tak bantu diri kita. Segala ayat motivasi yang kita dengar takkan berguna kalau kita sendiri tak nak praktikkan. Jadi, siapa lagi kalau bukan diri kita yang perlu kita didik untuk jadi teguh.

Tidaklah saya menolak mentah-mentah sekiranya ada yang bertanya "kenapa ni?". Malah, saya sangat hargai kerana dalam masa sibuk dengan assignment, presentation, test, quiz dan sebagainya pun masih ada kelapangan untuk ambil tahu mengenai orang sekeliling. Terima kasih daun keladi, moga Allah balas jasa mu kembali.

Selain itu, saya cuba untuk ajar diri saya berfikiran positif sehabis mungkin. Saya tahu, kita manusia ni kadang-kadang tak mampu nak elak dari bersangka buruk dengan orang lain. Tapi, kalau boleh kita kena cuba fikirkan alasan yang baik-baik untuk menggantikan segala fikiran buruk dalam kepala kita ni. Kalau kawan tu tak datang discussion, kita cuba husnudzon "Ohh mungkin dia sakit perut kot, itu sebab tak reply whatsapp." Paling penting, jangan masuk campur urusan orang lain yang tiada kaitan dengan kita. Jangan cuba untuk jadi batu api ataupun orang ketiga. Banyak lagi perkara yang awak nak kena uruskan kecuali lah awak masuk campur dengan cara berhemah dengan niat nak perbaiki hubungan mereka.

Berkawanlah seramai mana yang kamu boleh, bersahabatlah dengan mereka yang mampu bersama.

Apa yang saya boleh katakan, kawan-kawan dekat u okay je semuaaanyaa. Banyak-banyakkan doa supaya dapat kawan yang baik budi pekerti, yang solehah, yang dapat dekatkan diri kita pada Sang Pencipta aaminn inshaAllah. Seronok sangat bila kita kenal ramai orang, pelbagai watak sebab masing-masing kelakar dengan cara mereka sendiri, jalani hidup dengan cara mereka yang kadang kadang kita rasa kagum. MashaAllah.

Sebelum saya tamatkan, saya nak cerita sesuatu. Masih ingat tentang apa yang saya bagitahu kat atas tadi bahawa saya selalu minta pada Allah agar permudahkan segalanya? MashaAllah, Allahuakbar. Benarlah segala janji Allah itu. Saya bercerita kepada salah seorang senior saya. Lalu, dia tunjukkan saya ayat dari Al Quran. Surah Al Baqarah Ayat 186.


وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Maksudnya, "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran."


Setiap kali saya ada urusan atau masalah yang saya perlu selesaikan, mudah je nak buat. Walaupun ada sedikit kesulitan, tapi macam tak rasa sangat sebab mesti Allah akan hantarkan seseorang untuk bantu saya. Allah.

"Berdoa dan memintalah kerana tiada siapa yang akan rugi."

p/s : Saya tak pasti kenapa tiba-tiba dia jadi highlight putih macam ni. Alahai.