19 August, 2019

From school to university

Wah wah.. Terakhir kali tulis entry pada 31 Julai 2016. Waktu tu saya dalam permulaan nak bertatih dalam bidang penulisan. Rasanya belum terlambat nak cerita. Alhamdulillah, BM SPM saya A+. Kawan-kawan yang baca ni pasti dah bosan sebab saya selalu cakap macam ni kat dia orang 

"Mesti pemeriksa kertas tu tengok caption aku kat IG, sebab tu boleh dapat A+." Hahahaha.

Bukanlah bermakna saya selalu bangkitkan isu BM A+ kerana result lain teruk sangat. Tapi, saya cuma nak tunjukkan bahawa minat kita terhadap sesuatu perkara seperti bidang penulisan ni boleh bawa kita kepada satu tahap yang saya tak pernah jangka. Saya bukanlah pelajar target. Bahkan, saya tak pernah dapat A pun dalam subjek BM. Alhamdulillah.

Jadinya, saya dah tamat sekolah di Sekolah Menengah Agama Padang Tengku pada tahun 2017.
Warna-warni sangat kan baju batik sekolah kami? Hehe.

Saya pun menikmati cuti macam orang dah tak nak sambung belajar. Hehehe, Eh, dalam seronok bercuti tu pun ada lah bunyi-bunyi nak bincang pasal sambung belajar.  Ibu ada menyatakan hasrat supaya saya ambil STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia). Baiklah, saya turutkan sahaja.

Apabila keputusan tempat STAM keluar, saya dapat sekolah yang saya berharap saya tak dapat. Nak salahkan sesiapa pun tak boleh, sebab saya sendiri letak sekolah tu dalam pilihan saya. Kononnya dah tak nak sambung dekat sekolah sendiri. Macam macam orang saya tanyakan untuk tukar sekolah. Akhirnya, berjaya tukar. Betullah apa ustaz ustazah saya kata.

"Korang ni, kalau dapat sekolah selain daripada Kuliah tu mesti nak pindah SMAPT semula." Hahaha, baiklah.

Saya masih tak boleh lupa (geli hati) ayat ustaz waktu hari kedua saya datang sekolah.

"Eh ada orang sesat masuk sekolah ni. Pergi balik sekolah sana. Warga asing ni." - sambil gelak-gelak. Biasalah ustaz nak bergurau kan? Kita mampu nak tersipu malu jela, merah padam muka tahan sebab ustaz cakap kuat kat kantin. Hahahaha.

Saya masuk STAM bukanlah semata-mata atas sebab hasrat ibu sahaja. Tapi, keinginan nak sambung belajar di luar negara iaitu Universiti Al-Azhar, Mesir lagi membuak-buak. MashaAllah, belajar di bumi yang penuh para ulama' hebat. Ilmu agama yang tidak pernah berhenti dihidangkan. Saya selalu tengok instagram senior senior yang dah sambung belajar dekat sana. Seronok!

Malangnya, siapa sangka. Saya tak dapat nak kawal perasaan. Sampai sekarang sebenarnya saya masih tak jumpa jawapan kenapa saya sampai menangis nak berhenti STAM. Saya cuma mampu bersangka baik yang mungkin Allah dah tetapkan sesuatu yang lebih baik dekat tempat saya berada sekarang. Semua benda tak jadi waktu itu. Kalau boleh, setiap hari nak nangis. Hahaha, muka je orang kata nampak garang tapi hati tisu. Saya cuba bertahan semampu yang boleh. Saya habiskan apa yang saya dah mulakan. 

Yeayyy, kami menang Bahas Bahasa Inggeris Terbuka Menengah Tinggi (round 1 je). Tak mampu nak kalah pasukan seterusnya sebab tak prepare. Hahaha. Kami tak sangka langsung. Jadinya, tak banyak isu yang kami boleh bawakan untuk topik seterusnya. 

Kebetulan, pertandingan ni berlangsung selepas beberapa hari keputusan SPM diumumkan. Setiap daripada kami ada perkara yang masih pahit nak telan sebab tak dapat nak terima kenyataan. Saya masih ingat apa yang Cikgu Lina (cikgu bahas) beritahu kami,

"Nampak tak? Dalam korang bersedih sebab result SPM, Allah bagi korang hadiah macam ni. Setiap orang ada rezeki masing-masing."

Oh ya, Cikgu Lina sebut macam tu sebab kami dah pecahkan rekod. Sebelum ni, tak pernah lagi sekolah kami menang round 1 untuk Terbuka Menengah Tinggi. So yeahh, alhamdulillah.
Ini hadiah buat Cikgu Lina dan Sir Akmal. Thank you for 3 years.

Saya tak banyak gambar waktu STAM sebab 3 bulan je stay dan lagipun saya duduk asrama.

Kembali lagi saya dalam rancangan duduk santai di rumah. Saya tak pernah berhajat nak cari kerja waktu cuti sebab kalau boleh saya nak duduk rumahhhhh jeeee. Hehe taklah, gurau je. Tapi, orang yang cari saya untuk kerja. Saya tak tolak sebab sebab saya rasa mungkin ada baiknya saya keluar cari duit daripada menghabiskan beras. Haa kemain kan? Haha.

Jadi, saya pun kerja taska. Kawan-kawan ingatkan saya ni kerja taska sebelah rumah. Tapi sebenarnya, perumahan lain yang saya sendiri tak pernah jejak. Haaa, orang yang minta saya kerja tu pun sebenarnya saya tak rapat pun. Benarlah, perancangan Allah tu kadang-kadang kita tak boleh nak jangka pun.

Ini antara perkara saya tak boleh nak lupa sebab KELAKARNYA YA ALLAH, AYAH DIAAA. Siap lukis tu gambar kucing. Mungkin anak patung kot hahaha.

Tugas saya kena mengasuh baby. Ada dua orang baby. Eeeeeii comel sangat. Saya tak berani nak upload gambar sebab takut parents mereka nak privasi untuk anak-anak mereka. Macam-macam kerenah. Ada yang kuat menangis, ada yang manja, ada yang suka menyanyi, ada yang kuat makan. Hahahaha. Alahai rindunya ticer kat kamu semua ;')

Dalam kita seronok bekerja, hati ibu mana tak risau tengok anak dia tak sambung belajar macam orang lain. Sementara tunggu keputusan UPU, ibu cadangkan untuk saya sambung belajar STPM (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia). Seperti biasa, saya turutkan sahaja sebab takut tak dapat U.

Jadi, saya tinggalkan taska yang saya baru sahaja bekerja untuk 2 minggu. Alhamdulillah, dapatlah pengalaman bekerja bawah orang. Majikan (Kak Nor) saya sangatlah baik orangnya. Walaupun saya hanya bekerja untuk 2 minggu, dia berikan saya hadiah yang tak pernah saya dapat daripada orang lain. 

OKAY, CUBA TEKA HADIAH APA?

AL-QURAN
Semoga Allah sentiasa lindungi Kak Nor sekeluarga ;) Terima kasih akak.

Baiklah, nak pendekkan cerita sebab sekarang dah pukul 2 pagi. Heheh. Saya hanya bertahan selama 2 minggu juga di sekolah baru STPM tu. Saya dapat masuk UiTM, Raub course Pengajian Perbankan (BA119). Alhamdulillah kerana Allah permudahkan segala.

Sebenarnya, saya rasa bersalah pada seorang kawan baru saya di STPM. Saya beritahu dia "Jangan pindah tau." Saya cakap macam tu sebab saya sangat tak yakin untuk dapat U. Bahkan, saya banyak tulis pilihan upu yang 50-50 je suka. Ada dua pilihan yang saya suka, saya letak pada kedudukan 1 dan 2. Tapi, dua dua tak dapat. Course yang saya dapat ni adalah pilihan yang ketiga.

"Perancangan Allah beribu kali lebih baik daripada kita."


Mereka berdua antara yang rapat dengan saya waktu STPM 2 minggu tu. Hehehe. Terima kasih awak berdua dan juga kawan-kawan yang lain.


Dalam pada kau cuba bermimpi melihat masa hadapan, lihatlah cermin dan bertanya pada diri sekiranya kau mampu untuk menanggung segala risiko akan datang?

Ya, benar. Kita kembali lagi dalam rancangan menternak lemak. Hahaha. Tidaklah, saya bergurau je. Kali ini, saya agak sibuk dengan urusan nak masuk U. Nak kena print itu lah, tandatangan orang tertentu lah, beli barang-barang keperluan, agihkan duit yang sepatutnya dan sebagainya.

Setiap kali solat, saya minta pada Allah agar permudahkan segala urusan saya untuk masuk UiTM dan segala urusan saya ketika di sana. Tipulah kalau saya kata saya tak risau langsung. Banyak kali ibu tanya sekiranya ini keputusan yang memang saya nak atau sebaliknya. Abah bersikap sangat tenang dengan mendiamkan diri dan ikut sahaja apa keputusan yang saya buat. Syukur. Saya percaya ibu hanya risau sebab saya asyik keluar masuk dari STAM - STPM dan kini Universiti.

Saya percaya Allah dah sediakan sesuatu untuk saya. Allah pasti dah gerakkan hati saya untuk buat keputusan sedemikian kerana Dia pasti ada perancangan yang terbaik buat hamba Dia. Kita kena yakin dan pasti dengan setiap perkara yang berlaku. Jangan salahkan sesiapa. Cuba bersikap tenang dan redha. Istighfarlah sahabat!

Saya tak nangis. I'm okay.

Langit Raub pada waktu maghrib. Cantikkan?


Bangunan blok Sarjana dan Cendiakawan iaitu tempat dimana kami belajar. Kelas.

Saya jumpa dengan pelbagai jenis manusia dekat sini. Semakin jauh kita pergi, semakin ramai orang yang kita akan kenal. Percayalah, setiap orang yang kita berkenalan juga adalah salah satu perancangan Allah.

Sekarang ni tengah cuti sem. InshaAllah 2hb Sept bermulanya semester baru. Wahh, pejam celik pejam celik dah sem 3. Alhamdulillah.

Saya banyak terima soalan daripada kawan-kawan yang masih belum melangkah ke alam universiti yang berbunyi seperti ini..

"Macam mana assignment u?"
Baiklah, saya nak jawab beria pun takut salah pula. Apa yang saya boleh cakap, setiap pensyarah ada 'citarasa' mereka yang tersendiri. Ada lecturer ni dia nak macam ni, ada lecturer ni pula dia nak macam tu. Conclusion, banyak bertanya. Jangan takut! Walaupun dia garang, korang kena hadap sebab saya ada kawan yang banyak kali kena reject assignment. Korang prefer kena reject atau kena marah? Haa pilih. Mostly, tugasan lebih kurang macam kerja kursus sekolah tapi tentunya lebih mencabar berbanding sekolah. Apa pun, semoga berjaya. Saya sendiri pun masih struggle lagi ni.

"Kawan-kawan kat u okay tak?"
Korang nak tahu tak perkara pertama saya bagitahu sendiri bila masuk u apa?

"Jangan menangis depan orang."

Saya didik diri saya untuk jadi tabah mental dan fizikal. Saya yakin ada kawan-kawan yang baik dan akan risau kalau saya menangis. Saya tak nak perkara macam tu berlaku. Saya bagitahu diri sendiri bahawa mereka sibuk. Sebolehnya, saya nak cuba berdiri di atas kaki sendiri selama yang saya mampu. Saya tahu, kadang-kadang saya kalah. Tetapi, saya juga percaya bahawa tiada siapa akan bantu kita kalau kita sendiri tak bantu diri kita. Segala ayat motivasi yang kita dengar takkan berguna kalau kita sendiri tak nak praktikkan. Jadi, siapa lagi kalau bukan diri kita yang perlu kita didik untuk jadi teguh.

Tidaklah saya menolak mentah-mentah sekiranya ada yang bertanya "kenapa ni?". Malah, saya sangat hargai kerana dalam masa sibuk dengan assignment, presentation, test, quiz dan sebagainya pun masih ada kelapangan untuk ambil tahu mengenai orang sekeliling. Terima kasih daun keladi, moga Allah balas jasa mu kembali.

Selain itu, saya cuba untuk ajar diri saya berfikiran positif sehabis mungkin. Saya tahu, kita manusia ni kadang-kadang tak mampu nak elak dari bersangka buruk dengan orang lain. Tapi, kalau boleh kita kena cuba fikirkan alasan yang baik-baik untuk menggantikan segala fikiran buruk dalam kepala kita ni. Kalau kawan tu tak datang discussion, kita cuba husnudzon "Ohh mungkin dia sakit perut kot, itu sebab tak reply whatsapp." Paling penting, jangan masuk campur urusan orang lain yang tiada kaitan dengan kita. Jangan cuba untuk jadi batu api ataupun orang ketiga. Banyak lagi perkara yang awak nak kena uruskan kecuali lah awak masuk campur dengan cara berhemah dengan niat nak perbaiki hubungan mereka.

Berkawanlah seramai mana yang kamu boleh, bersahabatlah dengan mereka yang mampu bersama.

Apa yang saya boleh katakan, kawan-kawan dekat u okay je semuaaanyaa. Banyak-banyakkan doa supaya dapat kawan yang baik budi pekerti, yang solehah, yang dapat dekatkan diri kita pada Sang Pencipta aaminn inshaAllah. Seronok sangat bila kita kenal ramai orang, pelbagai watak sebab masing-masing kelakar dengan cara mereka sendiri, jalani hidup dengan cara mereka yang kadang kadang kita rasa kagum. MashaAllah.

Sebelum saya tamatkan, saya nak cerita sesuatu. Masih ingat tentang apa yang saya bagitahu kat atas tadi bahawa saya selalu minta pada Allah agar permudahkan segalanya? MashaAllah, Allahuakbar. Benarlah segala janji Allah itu. Saya bercerita kepada salah seorang senior saya. Lalu, dia tunjukkan saya ayat dari Al Quran. Surah Al Baqarah Ayat 186.


وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Maksudnya, "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran."


Setiap kali saya ada urusan atau masalah yang saya perlu selesaikan, mudah je nak buat. Walaupun ada sedikit kesulitan, tapi macam tak rasa sangat sebab mesti Allah akan hantarkan seseorang untuk bantu saya. Allah.

"Berdoa dan memintalah kerana tiada siapa yang akan rugi."

p/s : Saya tak pasti kenapa tiba-tiba dia jadi highlight putih macam ni. Alahai.

31 July, 2016

| Niqab Experience |

 
 
Alhamdulillah kerana masih lagi diberi nikmat hidup dan bernafas di atas muka bumi Allah ini. Apa khabar dengan iman awak ? Hahaha. Goyang ke? Takpe, setiap orang ada kesilapan begitu juga saya. Baiklah, hari ini saya ada sedikit perkongsian yang agak menarik. Saya dan dua orang sahabat saya telah melakukan ( baca tajuk ) di sekitar bandar yang kami tinggal. Kalau anak jati Kuala Lipis tak tahu tempat ni, memang nak kena lah. Hahaha.
 
 
Perancangan yang sebenar saya hanya nak keluar dating dengan sahabat saya iaitu Una. Tetapi entah bagaimana saya dapat ilham untuk buat projek seperti ini. Pada mulanya, memang agak takut sebab saya bukanlah Si Pemakai Purdah. Ketika itu juga macam macam perkara yang saya fikirkan of course. Hampir setiap kali solat, saya berdoa memohon kekuatan dan ketabahan oleh Allah agar segala yang dirancang menjadi kenyataan. Siapa yang tak mahu kerja dakwah ini berjalan lancar kan? Sudah tentu kami memikirkan banyak perkara sebelum bertindak.
 
 
Kami mula menyusun strategi sebab perkara seperti ini juga boleh mendatangkan risiko. Kita bukan tahu takdir yang akan berlaku. Semuanya datang dari Allah Taala. Kita sebagai hamba perlu menerimanya dengan redha dan hati yang ikhlas. Kami bercadang untuk membuat sesi temu ramah bersama non-muslim dan akan membuat video yang merakam segala percakapan/jawapan mereka. Nampak macam mencabar kan ? Tetapi, kami hanya merancang dan Allah yang tentukan. MashaAllah.
 
 
Hari Sabtu pada tarikh 30 hb Julai 2016, kami memulakan misi. Kami merancang untuk mulakan aktiviti ini pada pukul 2 petang. Malangnya berlaku sedikit masalah yang saya buat. Hahaha. So, kami bermula pada pukul 2.30 petang. Ayah Una ambil saya di tabika ibu saya dan kami terus bergerak menuju ke destinasi. Cewah hahaha. (kejap tengah blur nak tulis apa)
Okaylah, untuk mengelakkan penulisan yang berulang, saya akan ceritakan terus masalah yang saya buat tadi. Begini ceritanya. Pagi tu, saya hadir ke jamuan raya tabika ibu saya. Memang waktu tu tak terfikir pun yang jamuan tu akan melarat sampai ke petang. Jadi, saya tak bawalah purdah yang Una beri pada hari semalamnya. Memang kelam kabut jadinya. Jam dah menunjukkan pukul 2 petang, tapi ibu masih lagi sibuk dengan kerja dia. Kalau nak suruh hantar balik rumah then pergi semula bandar, kucar kacirlah dibuatnya. Tambah pula dengan bos besar ibu datang juga. Jadi, saya terus call Una untuk ambil saya.
 
- The End -
 
Masuk je dalam kereta, mind saya jadi blind sekejap. Lagi-lagi bila tengok dua sahabat saya yang sedang memakai purdah. Allah, hati mula bermonolog sendiri "Takkan aku nak biar segala perancangan ini gagal." Then, saya pandang Ain yang duduk bersebelahan dengan saya di sit belakang. Perasaan gembira yang tak terhingga apabila Ain menghulurkan purdah "Aku ada purdah cuma yang half lah, takde tutup dahi. And purdah ni masih dalam plastik, nanti ada kesan lipatan bila pakai sebab tak gosok." Hahaha, tak kisah lah berkedut ke, kesan lipatan ke or anything else. Asalkan apa yang dirancang berjalan lancar.
 
 
Keluar je dari pintu kereta, kami pandang muka masing masing dan gelak sendiri. Hahaha. Biasanya kami hanya lihat Una yang pakai purdah, tapi untuk kali ini saya dan Ain turut terlibat menjadi ninja. Aktiviti ini kami gelar sebagai gerakan dakwah secara slow by #UkhuwahUkhti. Kami mempunyai 10 orang sahabat karib. Tetapi untuk aktiviti ini, kami hanya melakukan dalam tiga orang untuk mengelakkan dari fitnah orang. Yelahh dah kalau kesemua sahabat pakai purdah, nanti ada pula yang gelar kami puak Syiah. Who knows right? Mulut manusia sekarang bukan calang calang. Makin kencang mengata sana sini tanpa fikir tentang Si Pencipta.
 
 
Tak cukup sorang ahli sebab jadi photographer.
 
 
Kami mula berjalan dari bandar lama sehinggalah bandar baru. Penatlah juga sebab perjalanannya mengambil masa lebih kurang 10 minit kot. Tambah pula dengan cuaca panas dan keadaan kami yang tak biasa dengan pemakaian purdah. Perancangan awal untuk buat temu ramah cancel disebabkan semua kaki ketar takut belaka. Hahaha. Tetapi siapa sangka dengan hanya berjalan di sekitar bandar sahaja respons masyarakat sangat jelas kelihatan. Pelbagai reaksi yang kami perhatikan. Ada yang positif dan ada juga yang negatif. Agak sedih sebab respons negatif itu datangnya daripada saudara Islam sendiri.
 
 
 

 
 
Baiklah, saya akan ceritakan apa yang telah berlaku. Pemerhatian pertama yang memang ketara kami boleh nampak adalah hampir kesemua orang pandang kami. Bahkan yang sedang sibuk drive turut memandang lama ke arah kami. Perkara yang paling kelakarlah kot bagi kami adalah apabila ada sebuah motorsikal yang ditunggang oleh dua orang lelaki memperlahankan (yeke bahasa aku ni) motorsikalnya dan berpaling ke arah kami walaupun sudah jauh dari kami. Hahaha. (macam pening je ayat). Sepanjang kami berjalan di celah celah kedai pula, majoriti owner dan pekerja di kawasan bandar lama adalah non muslim. So, memang ramailah yang perhatikan kami. Ada uncle tu sampai menoleh berkali kali pandang ke arah kami. Segan jugalah.
 
 
Berjalan dan terus berjalan. Kami mula mendapat respons negatif. Ketika kami sedang berbual-bual dan berjalan macam takde hala tuju, sebuah kereta hitam yang berada di sebelah kami, ada seorang lelaki yang membuka tingkap kereta lalu membuat bunyi macam nak mengorat (guna bibir) dan kata "huish awek". Melihat dari segi wajah dan percakapan berbahasa Melayu, kami syak dia saudara Islam. Beginikah layanan yang sepatutnya mereka tunjukkan kepada saudara mereka? Come on gais. Kalian sudah besar. Kalian dah tahu mana buruk dan baiknya. Salah ke seorang perempuan zaman sekarang berpakaian mengikut cara wanita pada zaman nabi dahulu?
 
 
Pemerhatian diteruskan. Dalam perjalanan kami nak gerak ke Vendoline, kami terserempak dengan geng budak budak motor lelaki. Saya tak pasti mereka berada dalam lingkungan umur berapa sebab saya tanggalkan cermin mata waktu ni supaya tiada siapa yang dapat cam. Mereka semua memandang ke arah kami dan seperti berbisik sesama mereka. Entahlah apa yang di bicarakan, harap harap perkara yang baik. (atau mereka sedar tentang lipatan kedut purdah aku) Hahahah. Malah, ketika kami melintas jalan, ada seorang lelaki yang menunggang motorsikal dan ada seorang perempuan di belakangnya (mungkin girlfriend atau kawan) yang menegur kami "Peh, tak panas ke pakai macam tu?" Kami tak tahu lah sama ada dia maksudkan tentang pemakaian kami atau disebabkan purdah itu. But then, kami buat tak endah saja dan tiba tiba terserempak lagi dengan lelaki tu. Ayat dia yang dikeluarkan memang buat kami tergelak jugalah. "Aduh makcik makcik ni lagi." Hahaha
 
 
 
Masuk je dalam kedai Vendoline, kami terus order minuman dan ambil makanan western dalam peti ais. Penat kot berjalan sekian lama. Tambah pula kami risau akan Una yang masih sakit dengan kesan pembedahan dia akibat kemalangan pada hujung bulan 12 tahun 2015. Doktor suruh jaga pantang makan, dia bukan nak dengar. Hahaha. Okay sambung pada tajuk asal. Ketika sedang membuat order, ada dua orang akak (pekerja) yang duduk bertanya kepada kami. "Dari mana?" Kalau perhati ayat tu, macam umum. Kami pandang sesama kami sebab tak tahu nak jawab apa, sama ada "orang lipis jugak" atau "dari rumah je". Hahahahah. Saya pun secara spontan "kita orang lipis jugak". Yela mana tahu akak tu tak pernah tengok teenagers dekat kawasan Lipis ni pakai purdah kan. Kawan akak tu mencelah "dari sekolah ke, kelas tuition ke". Malu tu takpayah cakaplah macam mana. Mampu gelak je. Nasib baik pakai purdah, orang tak kenal waktu tu.
 
 
Okay. Saya ceritakanlah serba sedikit tentang perasaan pakai purdah ni. First sarung je dekat muka, perasaan tu tak tahu nak kata. Semua perasaan bercampur. Ada gembira, teruja, takut, rasa bersalah dan sebagainya. "Kenapa rasa bersalah?" Okay. Pendapat aku tentang pakai purdah ni, memanglah satu perkara yang tak wajib. Tetapi, apabila kita sarungkan di wajah dengan niat Lillahi Taala, maka mereka kena betul setting diri mereka dari segala aspek sebab manusia sekarang bukan main lincah cara bercakap. Mereka pandang, kalau ada orang yang macam perfect cara dia orang berpakaian contoh berpurdah tu lah, jadi mereka akan fikir yang orang tu kena perfect akhlaknya juga. Konon ibarat macam takde dosa langsung bak bayi baru lahir gituh. Sungguh saya kata, pemikiran kalian ceteklah kalau fikir macam tu. Tetapi, ada juga yang saya dengar khabar angin mengatakan masyarakat sekarang memandang mereka yang berpurdah ni "Eii, berlagak alim je." It's up to you guys to think about it. But, please accept however they wear. Ini bukan tentang berlagak alim or tak alim, tetapi ini melibatkan hati masing masing. Biarlah mereka nak berpurdah sekalipun, mereka tak ganggu pun life kalian. Kalian yang membina bagaimana rumah kalian nanti apabila dunia ini sudah hancur.
 
 
Saya rasa mungkin cukup sampai disini sahaja. Sebelum saya offline, ada banyak perkara sikit (macam tah pa pe ayat aku) saya nak cakap sikit. Melihat dari pemerhatian yang kami telah lakukan ini, kata kata ini mula bermain di fikiran "Kenapa saudara Islam sendiri perlu pertikaikan cara pemakaian saudara sesama mereka sedangkan agama lain seperti buat tak endah?" Menjadi satu tanda tanya yang sangat buat saya tidak tentu arah. Bercelaru hidup dibuatnya. (over betul aku) Saya berbincang dengan senior sebentar tadi dan kata kata dia yang memang buat aku tersedar sesuatu. "Tidak hairanlah wujudnya permusuhan sesama saudara." Kan ? Tidakkah perkara ini yang banyak berlaku dikalangan masyarakat kita sekarang? 
 
- Saya nak bagi advice sikit. Nak terima, baca. Kalau tak nak, move on. -
 
Kepada Hawa yang berpurdah dan tidak berpurdah dan tidak bertudung, awak sayang, kita ini siapa? Wanita kan? Para nisa' kan? Golongan yang istimewa di sisi Allah kan? "yeke dia ni" Tak percaya ? Buka Al-Quran, cari surah An'Nisa'. Allah ceritakan tentang kita. Allah Taala buat surat cinta untuk kita. Allah Taala sayangkan kita. Ada jumpa ke surah Ar rijalun ? Takde kan? Allah tak banyak cerita pasal lelaki. Takkan kita nak biar diri kita hidup di muka bumi Allah ini hanya sekadar sia-sia? Awak nak upload gambar? Boleh je. Mana ada hukum mengatakan wanita dilarang upload gambar. Awak upload lah gambar pemandangan ke, bunga ke, kaki awak ke (pastikan pakai stoking atau kasut bertutup), tangan awak ke dan banyak lagi. Tetapi, bukan tubuh dan wajah menjadi tatapan umum. Ye, saya juga ada upload gambar wajah dan sebagainya. Saya masih lagi dalam lorong gelap. Kita hijrah sama sama boleh? Meh pimpin tangan. Alolo, sweetnya. Hahaha.
 
Kepada masyarakat, kita siapa? Hamba Allah kan? Sekadar hamba je kan? Hamba je kan? Kenapa kita terlalu angkuh dengan Sang Pencipta ? Kenapa kita selalu mencari silap saudara kita sendiri sedangkan bodyguard kanan kita hanya mampu duduk goyang kaki melihat bodyguard kiri mencatat amalan negatif sahaja? Tak teringin ke merasa bagaimana indahnya syurga itu? Tak teringin ke merasa bagaimana bahagianya ibadah itu? Allahuakbar. Bermula pada saat ini, kita berubah nak? Kita tegur mana yang silap, bukan mengumpat. Kita sayang mana yang salah, bukan bertengkar. Kita peluk mana yang halal, bukan peluk yang haram. Eh eh, hahaha. Boleh? Sayang Allah tak? Kalau sayang, inshaAllah semuanya boleh.
 
 
Letakkan Allah yang pertama. Jadikan Al Quran pendamping di hati. Tetapkan Baginda SAW sebagai idola sampai akhir hayat. Pejuang agama Allah tidak akan pernah berhenti. InshaAllah.
 
 
 


 
 
Kalau kalian tanya saya "Kau nak kekal pakai purdah tak?"
 
Jawapan saya mudah "Taknak, sebab payah nak makan. Purdah sahabat yang saya pakai ni pun, habis kotor sebab makan. Hahaha, lagipun gais, purdah tak wajib. Plus, family saya tak izinkan. Tetapi, kalau lah dipanjangkan umur oleh Allah sempat merasa bagaimana perkahwinan itu, tiba tiba suami suruh pakai, saya pakailah. (eh eh sibuk fikir kahwin, exam SMA tak lepas lagi)"


 
 
p/s : ini hanyalah sekadar perkongsian dari kami dan pendapat saya. saya ingin memohon maaf dan silap andai cara penyampaian atau maklumat yang saya tulis ada yang tersalah atau menyakiti hati sesiapa. saya benarkan kalian tegur mana yang salah di ruangan komen yang tersedia. kalau ada yang ter typo atau ayat tunggang terbalik tu, minta maaf lah. maklumlah, tulis ni sampai larut malam baru siap. (pandang jam, 2:28 pagi) terima kasih :')

14 March, 2015

Perubahan mesti dilakukan



MasyaAllah ! Rasa macam dah lama sangat ni tak update entry baru. Hahah maklumlah. I'm still student in secondary school. Lagipun, aku baru habis exam awal tahun. Takde masa nak cari maklumat untuk blog ni. Tapi pada satu malam aku tengah study, tiba tiba akak senior sebelah katil cakap mengenai hari kiamat. Huh, seram juga sebenarnya. Tapi walaupun macam mane pun, topik macam ni lah yang patut kita ketengahkan pada masa kini.
 
Tak pernah terfikir ke nak berubah ke arah yang lebih baik ? Pasti ada walau sejahat zalim mane pun seseorang itu , mesti ada rasa sikit nak berubah cuma takda orang nak bimbing dia. Kita tak payah bandinglah apa yang orang zaman dulu buat. Kita tengok orang zaman kini yang buat. Semua orang tahu bahawa Malaysia ini pada asalnya negara ISLAM. Kenapa ramai je ummat islam tapi takda gaya orang Islam ? Pakaian kita , pergaulan kita , percakapan kita segala perbuatan yang kita buat langsung majoritinya takda gaya orang Islam. Kenapa macam tu ?!
 
Okay, kita bincang slow slow. Cuba fikir balik apa yang korang dah buat sebelum ni. Kita renung sama sama apa yang kita dah lakukan. Semua manusia tak ada yang sempurna kecuali Nabi Muhammad SAW. Pasti setiap saat ada je melakukan kesilapan. Oleh sebab itulah, kita kena selalu beristighfar dan ingat pada Allah SWT.
  • Tudung WAJIB dilabuhkan bawah paras dada.
  • Pakaian WAJIB longgar. No jarang jarang or ketat okay.
  • Stoking WAJIB pakai.

    So macam mane ? Dah tutup dah aurat dengan sempurna? Takpelah, buat slow slow ye. Kita cakap pasal pergaulan pula. Dia atas muka bumi ini, terdapat lelaki dan perempuan. Sudah tentu, kita nak berkawan dengan semua orang. Tetapi, macam mane pun rasa nak berkawan dengan lelaki tu. Kawal lah. Jangan lah sampai sentuh pulak. Main cuit cuit bagai. Amboi, dia tu bukan muhrim kau. Jangan nak memandai kau lah nak main usik pegang orang yang bukan muhrim kau.

    Girls, jaga elok elok diri tu. Kalau nak berbincang or cakap something dengan lelaki tu, tak perlulah ayu sangat. Cakap biasa biasa je. Jangan jadi hipokrit! Tapi janganlah sampai tengking orang tu pulak. Cakap baik baik. Kalau nak panggil orang dari jarak jauh tu pulak, tak usah lah terjerit jerit. Tak elok lah orang pandang. Kita orang perempuan ni kenalah beradab sikit.

    Allah berfirman : “Dan janganlah mereka menyentakkan kakinya ke tanah agar supaya diketahui apa yg mereka sembunyikan dari perhiasan mereka” (an-Nur:31).


    1 – Mazhab Hanafi menjadikan larangan dalam ayat ini sebagai dalil bahawa : Suara perempuan adalah aurat sebab kalau suara gelang kaki saja dilarang maka lebih2 lagi suara perempuan itu sendiri.

    2 – Mazhab Syafie dan lain-lain berpendapat bahawa : Suara perempuan bukan aurat. Sebab perempuan boleh berjual beli dan memberi keterangan sebagai saksi di hadapan hakim.
    Al-Alusi berkata : “Yang tersebut di dalam kitab kitab fiqh Syafie, dimana aku sendiri cenderung kepada pendapat ini (suara bukan aurat) kecuali kalau dikhuatiri timbulnya fitnah”. (ruh al-ma’ani 18/146)

    Walaupun sedemikian, seelok eloknya kita orang perempuan tak perlulah nak kuat kuat sangat suara. Orang lelaki dah berperanan menjadi pemimpin. So biarlah suara mereka sahaja yang kuat untuk membimbing. Haa, yang paling penting. Sekarang ni makin kuat eh orang suka mencarut. Nauzubillah. Kenapa ye orang orang sekarang suka sangat nak mencarut ? Tahu tak setiap perkataan yang kita cakap tu doa ? Molek ke doa macam tu ?! Nak sangat jadi bodoh , nak sangat jadi bab* =_= laju je korang cakap dekat orang lain.

    Sudah lah ye, kita mula didik diri masing masing supaya jangan dah mencarut lepas ni. Boleh kan ? Baiklah. Sekadar ini sahaja yang dapat aku kongsikan. Aku pun bukanlah terlalu banyak mane ilmu. Sekadar tulis apa yang aku tahu dan rujukan dari internet. Semoga kita semua boleh istiqomah dengan apa yang kita buat lepas ni. In shaa Allah, aminn ;)

01 February, 2015

Pergaulan.


Kalau ikutkan hati, perasaan takut tu sangat kuat untuk aku keluar dari alam persekolahan. Takut sangat nak bertemu dengan masyarakat luar. Bagaimanakah cara mereka ? Bagaimanakah sikap mereka ? Apa yang paling aku takut sebenarnya ialah cara pergaulan mereka. Sedangkan di sekolah juga, aku nampak pergaulan antara lelaki dan perempuan pun ada yang melampaui batasan. Setiap malam aku memikirkannya. Aku takut aku terjebak dalam mana mana gejala sosial di luar sana.

Semakin lama, semakin berleluasa kes bunuh diri sebab putus cinta lah, kes buang anak lah dan banyak lagi. Itu adalah antara salah satu sebab kenapa Islam ada batasan antara lelaki dan perempuan. Ni nak tanya sikit. Perlu ke kita ada hubungan yang terlalu rapat dengan lelaki mahupun perempuan ? Nak berbincang mengenai pelajaran ? Boleh je, tak salah. Tapi ! Perlulah di tempat yang ramai orang dan perlulah bukan berdua-duaaan.

Ya Allah, geram sangat rasa bila nampak ada lelaki dan perempuan berpegangan tangan, berdating, upload gambar duduk atas riba lah, cium lah. Itu agama Islam. Kalau yang perempuan tu lawa dah tengok, pakai tudungnya lagi. Tapi itulah, terlalu mudahnya seseorang terpedaya dengan pergaulan orang bukan Islam. Orang Kafir ni, mereka memang pandai buat kita lalai. Ibarat kata orang, petik jari je terus jatuh.

Hawa, mahalkan diri kamu. Jangan membiarkan sesiapa yang bukan halal mu menyentuh tubuh badan mu. Kamu yakin ke bahawa lelaki itu jodoh mu ? Kamu yakin ke dia yang di tetapkan oleh Allah untuk mu ? Cinta ni awak, fitrah tahu tak ?! Jangan jadikan ia sebagai fitnah. Aku sendiri pun ada perasaan. Ada juga kadang kadang ingin rasa untuk bercinta seperti kawan kawan yang lain. Namun, aku tabahkan hati. Kerana apa ? Kerana aku percaya Allah dah sediakan yang terbaik untuk aku berbanding apa yang ada di depan mata aku.

Seperkara lagi, kawallah sikap mu hawa. Jangan ketawa terlalu kuat, jangan berpakaian menampakkan tubuh badan mu. Adam itu hancur kerana kita. Adam itu gugur iman nya kerana kita. Jangan biarkan Islam ini runtuh tanpa pemimpin yang benar. Bila ditanya "Awak nak suami yang macam mane ?" Jawapan yang diberi subhanallah. Sedap je telinga mendengar "Saya nak suami yang kuat imannya, yang cukup solatnya, yang adil dan selalu bertanggungjawab dalam hal keluarga."

Tentu semua orang nak cari suami/isteri yang macam tu. Takkan nak cari yang jenis suka berfoya foya. Tentulah kita nak cari yang dapat bawa kita ke syurga. Jadi, tidak perlulah kita mencari. Kita tunggu sahaja kerana ia pasti akan datang dengan sendiri nya. Tetapi, kalau nak cari yang soleh dan solehah, mestilah kita dahulu yang ubah diri. Jadilah hambaNya yang taat akan suruhanNya. Jangan tinggalkan kewajipan kita sebagai ummat Islam. Dahulukan apa yang penting berbanding apa yang dapat melalaikan kita.

In shaa Allah, sama sama kita ubah diri. Transform segala yang perlu di ubah. Ummat Islam kena tabah dan pandai menjaga diri. Mahalkan diri mu. Jangan mudah terpedaya dengan apa yang orang Kafir telah lakukan untuk buat kita lalai. Percaya bahawa Allah sentiasa ada bersama kita tak kira susah dan senang. Jadi, kita juga hendaklah sentiasa mengingatiNya dan jangan pernah lupakanNya.

04 December, 2014

Tak salah kan ?

 
Dalam hidup, pasti banyak soalan yang belum terjawab. Pasti ada sahaja perkara yang kita ingin tahu. Before kita cuba mendekati orang lain dan cuba untuk mengenali mereka dengan lebih dalam, kita sewajarnya mengenali diri sendiri terlebih dahulu. Take a time and ruang untuk kita kenal diri kita dengan lebih details. No one can’t change our life except we improve it by ourself.


Perkara biasa dalam hidup apabila kita melakukan kesilapan. Sudah menjadi kebiasaan dalam dunia ini. Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan. Tentunya anyone pernah melakukan kesilapan. Oleh sebab itu, kadangkala kita mesti memberi mereka peluang kedua untuk memperbaiki segala kesilapan yang telah berlaku. Bukan mereka sahaja yang melakukan kesilapan, malahan semua orang dalam dunia. Tiada sesiapa yang perfect.


Sedangkan Allah SWT memaafkan hambaNya , apatah lagi kita hanya hambaNya yang kerdil dan lemah di muka bumi ini. Don’t be like a baby yang tak boleh berfikir apa apa. Kita disini hanya meminjam segala yang ada di bumi ini. Memaafkan itu lebih baik daripada kalian saling membenci. Sebenarnya, kalian tidak sedar. Orang yang paling kalian benci itulah orang yang paling kalian sayang. Kalian marah dia, sindir dia, tengking dia. Itu kerana kalian sayang akan dia. Enough okay. Wake up from this because you just can make your life is destroy.


Apa gunanya kalian buat semua ini ? Apa gunanya kalian marah? Bukannya membawa keuntungan malahan membawa kerugian kepada diri sendiri. Tambahan pula, marah itu sifat syaitan durjana. Mereka tepuk tangan je melihat kalian begini. Mereka gembira dengan pergaduhan yang kalian cetuskan ini. Apakah kalian tidak sedar ? Lebih better if kalian berdamai. Simple right? Semua orang happy. Takda yang sakit hati.


Selain itu, kalian marah dia, adakah kalian tahu apa sebenarnya yang dia fikirkan tentang kalian ? Adakah dia juga marah kalian ? Adakah dia mengumpat belakang mengenai kalian ? Kalau ya dia lakukan, buat tak tahu sudahlah. Anggaplah ia sebagai mimpi buruk sahaja. Tak payahlah lagi kita porak perandakan lagi keadaan. Cuba berbaik dengan dia. Kalau dia tidak melakukan perkara sebegitu, membenci kalian atau mengumpat kalian. Kalian juga yang bersalah. Kalau ya dia bersalah. Kenapa kalian pula nak buat salah ? Tegurlah dia secara baik. Nasihat dia dengan berhemah. Bukan dengan cara menyindir. Kita tak tahu apa yang dia rasa. Jangan sentiasa berfikiran negative terhadap orang lain. Sentiasa beranggapan positif dan bersangkan baik terhadap seseorang.


Tak rugi kalau kita mengalah dahulu. Tak rugi langsung kalau kita mengungkapkan kata “maaf” pada seseorang. Allah sayangkan mereka yang berbuat demikian. Bangkitlah dari semua yang telah terjadi. Perkara yang paling utama, don’t be easy to believe kata kata seseorang because kadangkala merekalah yang menjadi batu api antara dua pihak. “Allah tidak pandang siapa yang mulakan pergaduhan, tetapi Allah memandang siapa yang meminta maaf dahulu” So, sudah tentulah kita nak Allah pandang kita and jangan sampai Allah berpaling dari kita.


Firman Allah SWT: Wahai orang orang yang beriman! Sesungguhnya diantara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati hatilah kamu terhadap mereka; dan jika kamu maafkan dan kamu berbuat baik serta ampuni (mereka), maka sesungguhnya, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.
 
                                                                                             Surah At-Taghabun : Ayat 14