Semoga Allah sentiasa lindungi Kak Nor sekeluarga ;) Terima kasih akak.
Baiklah, nak pendekkan cerita sebab sekarang dah pukul 2 pagi. Heheh. Saya hanya bertahan selama 2 minggu juga di sekolah baru STPM tu. Saya dapat masuk UiTM, Raub course Pengajian Perbankan (BA119). Alhamdulillah kerana Allah permudahkan segala.
Sebenarnya, saya rasa bersalah pada seorang kawan baru saya di STPM. Saya beritahu dia "Jangan pindah tau." Saya cakap macam tu sebab saya sangat tak yakin untuk dapat U. Bahkan, saya banyak tulis pilihan upu yang 50-50 je suka. Ada dua pilihan yang saya suka, saya letak pada kedudukan 1 dan 2. Tapi, dua dua tak dapat. Course yang saya dapat ni adalah pilihan yang ketiga.
"Perancangan Allah beribu kali lebih baik daripada kita."
Mereka berdua antara yang rapat dengan saya waktu STPM 2 minggu tu. Hehehe. Terima kasih awak berdua dan juga kawan-kawan yang lain.
Dalam pada kau cuba bermimpi melihat masa hadapan, lihatlah cermin dan bertanya pada diri sekiranya kau mampu untuk menanggung segala risiko akan datang?
Ya, benar. Kita kembali lagi dalam rancangan menternak lemak. Hahaha. Tidaklah, saya bergurau je. Kali ini, saya agak sibuk dengan urusan nak masuk U. Nak kena print itu lah, tandatangan orang tertentu lah, beli barang-barang keperluan, agihkan duit yang sepatutnya dan sebagainya.
Setiap kali solat, saya minta pada Allah agar permudahkan segala urusan saya untuk masuk UiTM dan segala urusan saya ketika di sana. Tipulah kalau saya kata saya tak risau langsung. Banyak kali ibu tanya sekiranya ini keputusan yang memang saya nak atau sebaliknya. Abah bersikap sangat tenang dengan mendiamkan diri dan ikut sahaja apa keputusan yang saya buat. Syukur. Saya percaya ibu hanya risau sebab saya asyik keluar masuk dari STAM - STPM dan kini Universiti.
Saya percaya Allah dah sediakan sesuatu untuk saya. Allah pasti dah gerakkan hati saya untuk buat keputusan sedemikian kerana Dia pasti ada perancangan yang terbaik buat hamba Dia. Kita kena yakin dan pasti dengan setiap perkara yang berlaku. Jangan salahkan sesiapa. Cuba bersikap tenang dan redha. Istighfarlah sahabat!
Saya tak nangis. I'm okay.
Langit Raub pada waktu maghrib. Cantikkan?
Bangunan blok Sarjana dan Cendiakawan iaitu tempat dimana kami belajar. Kelas.
Saya jumpa dengan pelbagai jenis manusia dekat sini. Semakin jauh kita pergi, semakin ramai orang yang kita akan kenal. Percayalah, setiap orang yang kita berkenalan juga adalah salah satu perancangan Allah.
Sekarang ni tengah cuti sem. InshaAllah 2hb Sept bermulanya semester baru. Wahh, pejam celik pejam celik dah sem 3. Alhamdulillah.
Saya banyak terima soalan daripada kawan-kawan yang masih belum melangkah ke alam universiti yang berbunyi seperti ini..
"Macam mana assignment u?"
Baiklah, saya nak jawab beria pun takut salah pula. Apa yang saya boleh cakap, setiap pensyarah ada 'citarasa' mereka yang tersendiri. Ada lecturer ni dia nak macam ni, ada lecturer ni pula dia nak macam tu. Conclusion, banyak bertanya. Jangan takut! Walaupun dia garang, korang kena hadap sebab saya ada kawan yang banyak kali kena reject assignment. Korang prefer kena reject atau kena marah? Haa pilih. Mostly, tugasan lebih kurang macam kerja kursus sekolah tapi tentunya lebih mencabar berbanding sekolah. Apa pun, semoga berjaya. Saya sendiri pun masih struggle lagi ni.
"Kawan-kawan kat u okay tak?"
Korang nak tahu tak perkara pertama saya bagitahu sendiri bila masuk u apa?
"Jangan menangis depan orang."
Saya didik diri saya untuk jadi tabah mental dan fizikal. Saya yakin ada kawan-kawan yang baik dan akan risau kalau saya menangis. Saya tak nak perkara macam tu berlaku. Saya bagitahu diri sendiri bahawa mereka sibuk. Sebolehnya, saya nak cuba berdiri di atas kaki sendiri selama yang saya mampu. Saya tahu, kadang-kadang saya kalah. Tetapi, saya juga percaya bahawa tiada siapa akan bantu kita kalau kita sendiri tak bantu diri kita. Segala ayat motivasi yang kita dengar takkan berguna kalau kita sendiri tak nak praktikkan. Jadi, siapa lagi kalau bukan diri kita yang perlu kita didik untuk jadi teguh.
Tidaklah saya menolak mentah-mentah sekiranya ada yang bertanya "kenapa ni?". Malah, saya sangat hargai kerana dalam masa sibuk dengan assignment, presentation, test, quiz dan sebagainya pun masih ada kelapangan untuk ambil tahu mengenai orang sekeliling. Terima kasih daun keladi, moga Allah balas jasa mu kembali.
Selain itu, saya cuba untuk ajar diri saya berfikiran positif sehabis mungkin. Saya tahu, kita manusia ni kadang-kadang tak mampu nak elak dari bersangka buruk dengan orang lain. Tapi, kalau boleh kita kena cuba fikirkan alasan yang baik-baik untuk menggantikan segala fikiran buruk dalam kepala kita ni. Kalau kawan tu tak datang discussion, kita cuba husnudzon "Ohh mungkin dia sakit perut kot, itu sebab tak reply whatsapp." Paling penting, jangan masuk campur urusan orang lain yang tiada kaitan dengan kita. Jangan cuba untuk jadi batu api ataupun orang ketiga. Banyak lagi perkara yang awak nak kena uruskan kecuali lah awak masuk campur dengan cara berhemah dengan niat nak perbaiki hubungan mereka.
Berkawanlah seramai mana yang kamu boleh, bersahabatlah dengan mereka yang mampu bersama.
Apa yang saya boleh katakan, kawan-kawan dekat u okay je semuaaanyaa. Banyak-banyakkan doa supaya dapat kawan yang baik budi pekerti, yang solehah, yang dapat dekatkan diri kita pada Sang Pencipta aaminn inshaAllah. Seronok sangat bila kita kenal ramai orang, pelbagai watak sebab masing-masing kelakar dengan cara mereka sendiri, jalani hidup dengan cara mereka yang kadang kadang kita rasa kagum. MashaAllah.
Sebelum saya tamatkan, saya nak cerita sesuatu. Masih ingat tentang apa yang saya bagitahu kat atas tadi bahawa saya selalu minta pada Allah agar permudahkan segalanya? MashaAllah, Allahuakbar. Benarlah segala janji Allah itu. Saya bercerita kepada salah seorang senior saya. Lalu, dia tunjukkan saya ayat dari Al Quran. Surah Al Baqarah Ayat 186.
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
Maksudnya, "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran."
Setiap kali saya ada urusan atau masalah yang saya perlu selesaikan, mudah je nak buat. Walaupun ada sedikit kesulitan, tapi macam tak rasa sangat sebab mesti Allah akan hantarkan seseorang untuk bantu saya. Allah.
"Berdoa dan memintalah kerana tiada siapa yang akan rugi."
p/s : Saya tak pasti kenapa tiba-tiba dia jadi highlight putih macam ni. Alahai.








No comments:
Post a Comment