31 July, 2016

| Niqab Experience |

 
 
Alhamdulillah kerana masih lagi diberi nikmat hidup dan bernafas di atas muka bumi Allah ini. Apa khabar dengan iman awak ? Hahaha. Goyang ke? Takpe, setiap orang ada kesilapan begitu juga saya. Baiklah, hari ini saya ada sedikit perkongsian yang agak menarik. Saya dan dua orang sahabat saya telah melakukan ( baca tajuk ) di sekitar bandar yang kami tinggal. Kalau anak jati Kuala Lipis tak tahu tempat ni, memang nak kena lah. Hahaha.
 
 
Perancangan yang sebenar saya hanya nak keluar dating dengan sahabat saya iaitu Una. Tetapi entah bagaimana saya dapat ilham untuk buat projek seperti ini. Pada mulanya, memang agak takut sebab saya bukanlah Si Pemakai Purdah. Ketika itu juga macam macam perkara yang saya fikirkan of course. Hampir setiap kali solat, saya berdoa memohon kekuatan dan ketabahan oleh Allah agar segala yang dirancang menjadi kenyataan. Siapa yang tak mahu kerja dakwah ini berjalan lancar kan? Sudah tentu kami memikirkan banyak perkara sebelum bertindak.
 
 
Kami mula menyusun strategi sebab perkara seperti ini juga boleh mendatangkan risiko. Kita bukan tahu takdir yang akan berlaku. Semuanya datang dari Allah Taala. Kita sebagai hamba perlu menerimanya dengan redha dan hati yang ikhlas. Kami bercadang untuk membuat sesi temu ramah bersama non-muslim dan akan membuat video yang merakam segala percakapan/jawapan mereka. Nampak macam mencabar kan ? Tetapi, kami hanya merancang dan Allah yang tentukan. MashaAllah.
 
 
Hari Sabtu pada tarikh 30 hb Julai 2016, kami memulakan misi. Kami merancang untuk mulakan aktiviti ini pada pukul 2 petang. Malangnya berlaku sedikit masalah yang saya buat. Hahaha. So, kami bermula pada pukul 2.30 petang. Ayah Una ambil saya di tabika ibu saya dan kami terus bergerak menuju ke destinasi. Cewah hahaha. (kejap tengah blur nak tulis apa)
Okaylah, untuk mengelakkan penulisan yang berulang, saya akan ceritakan terus masalah yang saya buat tadi. Begini ceritanya. Pagi tu, saya hadir ke jamuan raya tabika ibu saya. Memang waktu tu tak terfikir pun yang jamuan tu akan melarat sampai ke petang. Jadi, saya tak bawalah purdah yang Una beri pada hari semalamnya. Memang kelam kabut jadinya. Jam dah menunjukkan pukul 2 petang, tapi ibu masih lagi sibuk dengan kerja dia. Kalau nak suruh hantar balik rumah then pergi semula bandar, kucar kacirlah dibuatnya. Tambah pula dengan bos besar ibu datang juga. Jadi, saya terus call Una untuk ambil saya.
 
- The End -
 
Masuk je dalam kereta, mind saya jadi blind sekejap. Lagi-lagi bila tengok dua sahabat saya yang sedang memakai purdah. Allah, hati mula bermonolog sendiri "Takkan aku nak biar segala perancangan ini gagal." Then, saya pandang Ain yang duduk bersebelahan dengan saya di sit belakang. Perasaan gembira yang tak terhingga apabila Ain menghulurkan purdah "Aku ada purdah cuma yang half lah, takde tutup dahi. And purdah ni masih dalam plastik, nanti ada kesan lipatan bila pakai sebab tak gosok." Hahaha, tak kisah lah berkedut ke, kesan lipatan ke or anything else. Asalkan apa yang dirancang berjalan lancar.
 
 
Keluar je dari pintu kereta, kami pandang muka masing masing dan gelak sendiri. Hahaha. Biasanya kami hanya lihat Una yang pakai purdah, tapi untuk kali ini saya dan Ain turut terlibat menjadi ninja. Aktiviti ini kami gelar sebagai gerakan dakwah secara slow by #UkhuwahUkhti. Kami mempunyai 10 orang sahabat karib. Tetapi untuk aktiviti ini, kami hanya melakukan dalam tiga orang untuk mengelakkan dari fitnah orang. Yelahh dah kalau kesemua sahabat pakai purdah, nanti ada pula yang gelar kami puak Syiah. Who knows right? Mulut manusia sekarang bukan calang calang. Makin kencang mengata sana sini tanpa fikir tentang Si Pencipta.
 
 
Tak cukup sorang ahli sebab jadi photographer.
 
 
Kami mula berjalan dari bandar lama sehinggalah bandar baru. Penatlah juga sebab perjalanannya mengambil masa lebih kurang 10 minit kot. Tambah pula dengan cuaca panas dan keadaan kami yang tak biasa dengan pemakaian purdah. Perancangan awal untuk buat temu ramah cancel disebabkan semua kaki ketar takut belaka. Hahaha. Tetapi siapa sangka dengan hanya berjalan di sekitar bandar sahaja respons masyarakat sangat jelas kelihatan. Pelbagai reaksi yang kami perhatikan. Ada yang positif dan ada juga yang negatif. Agak sedih sebab respons negatif itu datangnya daripada saudara Islam sendiri.
 
 
 

 
 
Baiklah, saya akan ceritakan apa yang telah berlaku. Pemerhatian pertama yang memang ketara kami boleh nampak adalah hampir kesemua orang pandang kami. Bahkan yang sedang sibuk drive turut memandang lama ke arah kami. Perkara yang paling kelakarlah kot bagi kami adalah apabila ada sebuah motorsikal yang ditunggang oleh dua orang lelaki memperlahankan (yeke bahasa aku ni) motorsikalnya dan berpaling ke arah kami walaupun sudah jauh dari kami. Hahaha. (macam pening je ayat). Sepanjang kami berjalan di celah celah kedai pula, majoriti owner dan pekerja di kawasan bandar lama adalah non muslim. So, memang ramailah yang perhatikan kami. Ada uncle tu sampai menoleh berkali kali pandang ke arah kami. Segan jugalah.
 
 
Berjalan dan terus berjalan. Kami mula mendapat respons negatif. Ketika kami sedang berbual-bual dan berjalan macam takde hala tuju, sebuah kereta hitam yang berada di sebelah kami, ada seorang lelaki yang membuka tingkap kereta lalu membuat bunyi macam nak mengorat (guna bibir) dan kata "huish awek". Melihat dari segi wajah dan percakapan berbahasa Melayu, kami syak dia saudara Islam. Beginikah layanan yang sepatutnya mereka tunjukkan kepada saudara mereka? Come on gais. Kalian sudah besar. Kalian dah tahu mana buruk dan baiknya. Salah ke seorang perempuan zaman sekarang berpakaian mengikut cara wanita pada zaman nabi dahulu?
 
 
Pemerhatian diteruskan. Dalam perjalanan kami nak gerak ke Vendoline, kami terserempak dengan geng budak budak motor lelaki. Saya tak pasti mereka berada dalam lingkungan umur berapa sebab saya tanggalkan cermin mata waktu ni supaya tiada siapa yang dapat cam. Mereka semua memandang ke arah kami dan seperti berbisik sesama mereka. Entahlah apa yang di bicarakan, harap harap perkara yang baik. (atau mereka sedar tentang lipatan kedut purdah aku) Hahahah. Malah, ketika kami melintas jalan, ada seorang lelaki yang menunggang motorsikal dan ada seorang perempuan di belakangnya (mungkin girlfriend atau kawan) yang menegur kami "Peh, tak panas ke pakai macam tu?" Kami tak tahu lah sama ada dia maksudkan tentang pemakaian kami atau disebabkan purdah itu. But then, kami buat tak endah saja dan tiba tiba terserempak lagi dengan lelaki tu. Ayat dia yang dikeluarkan memang buat kami tergelak jugalah. "Aduh makcik makcik ni lagi." Hahaha
 
 
 
Masuk je dalam kedai Vendoline, kami terus order minuman dan ambil makanan western dalam peti ais. Penat kot berjalan sekian lama. Tambah pula kami risau akan Una yang masih sakit dengan kesan pembedahan dia akibat kemalangan pada hujung bulan 12 tahun 2015. Doktor suruh jaga pantang makan, dia bukan nak dengar. Hahaha. Okay sambung pada tajuk asal. Ketika sedang membuat order, ada dua orang akak (pekerja) yang duduk bertanya kepada kami. "Dari mana?" Kalau perhati ayat tu, macam umum. Kami pandang sesama kami sebab tak tahu nak jawab apa, sama ada "orang lipis jugak" atau "dari rumah je". Hahahahah. Saya pun secara spontan "kita orang lipis jugak". Yela mana tahu akak tu tak pernah tengok teenagers dekat kawasan Lipis ni pakai purdah kan. Kawan akak tu mencelah "dari sekolah ke, kelas tuition ke". Malu tu takpayah cakaplah macam mana. Mampu gelak je. Nasib baik pakai purdah, orang tak kenal waktu tu.
 
 
Okay. Saya ceritakanlah serba sedikit tentang perasaan pakai purdah ni. First sarung je dekat muka, perasaan tu tak tahu nak kata. Semua perasaan bercampur. Ada gembira, teruja, takut, rasa bersalah dan sebagainya. "Kenapa rasa bersalah?" Okay. Pendapat aku tentang pakai purdah ni, memanglah satu perkara yang tak wajib. Tetapi, apabila kita sarungkan di wajah dengan niat Lillahi Taala, maka mereka kena betul setting diri mereka dari segala aspek sebab manusia sekarang bukan main lincah cara bercakap. Mereka pandang, kalau ada orang yang macam perfect cara dia orang berpakaian contoh berpurdah tu lah, jadi mereka akan fikir yang orang tu kena perfect akhlaknya juga. Konon ibarat macam takde dosa langsung bak bayi baru lahir gituh. Sungguh saya kata, pemikiran kalian ceteklah kalau fikir macam tu. Tetapi, ada juga yang saya dengar khabar angin mengatakan masyarakat sekarang memandang mereka yang berpurdah ni "Eii, berlagak alim je." It's up to you guys to think about it. But, please accept however they wear. Ini bukan tentang berlagak alim or tak alim, tetapi ini melibatkan hati masing masing. Biarlah mereka nak berpurdah sekalipun, mereka tak ganggu pun life kalian. Kalian yang membina bagaimana rumah kalian nanti apabila dunia ini sudah hancur.
 
 
Saya rasa mungkin cukup sampai disini sahaja. Sebelum saya offline, ada banyak perkara sikit (macam tah pa pe ayat aku) saya nak cakap sikit. Melihat dari pemerhatian yang kami telah lakukan ini, kata kata ini mula bermain di fikiran "Kenapa saudara Islam sendiri perlu pertikaikan cara pemakaian saudara sesama mereka sedangkan agama lain seperti buat tak endah?" Menjadi satu tanda tanya yang sangat buat saya tidak tentu arah. Bercelaru hidup dibuatnya. (over betul aku) Saya berbincang dengan senior sebentar tadi dan kata kata dia yang memang buat aku tersedar sesuatu. "Tidak hairanlah wujudnya permusuhan sesama saudara." Kan ? Tidakkah perkara ini yang banyak berlaku dikalangan masyarakat kita sekarang? 
 
- Saya nak bagi advice sikit. Nak terima, baca. Kalau tak nak, move on. -
 
Kepada Hawa yang berpurdah dan tidak berpurdah dan tidak bertudung, awak sayang, kita ini siapa? Wanita kan? Para nisa' kan? Golongan yang istimewa di sisi Allah kan? "yeke dia ni" Tak percaya ? Buka Al-Quran, cari surah An'Nisa'. Allah ceritakan tentang kita. Allah Taala buat surat cinta untuk kita. Allah Taala sayangkan kita. Ada jumpa ke surah Ar rijalun ? Takde kan? Allah tak banyak cerita pasal lelaki. Takkan kita nak biar diri kita hidup di muka bumi Allah ini hanya sekadar sia-sia? Awak nak upload gambar? Boleh je. Mana ada hukum mengatakan wanita dilarang upload gambar. Awak upload lah gambar pemandangan ke, bunga ke, kaki awak ke (pastikan pakai stoking atau kasut bertutup), tangan awak ke dan banyak lagi. Tetapi, bukan tubuh dan wajah menjadi tatapan umum. Ye, saya juga ada upload gambar wajah dan sebagainya. Saya masih lagi dalam lorong gelap. Kita hijrah sama sama boleh? Meh pimpin tangan. Alolo, sweetnya. Hahaha.
 
Kepada masyarakat, kita siapa? Hamba Allah kan? Sekadar hamba je kan? Hamba je kan? Kenapa kita terlalu angkuh dengan Sang Pencipta ? Kenapa kita selalu mencari silap saudara kita sendiri sedangkan bodyguard kanan kita hanya mampu duduk goyang kaki melihat bodyguard kiri mencatat amalan negatif sahaja? Tak teringin ke merasa bagaimana indahnya syurga itu? Tak teringin ke merasa bagaimana bahagianya ibadah itu? Allahuakbar. Bermula pada saat ini, kita berubah nak? Kita tegur mana yang silap, bukan mengumpat. Kita sayang mana yang salah, bukan bertengkar. Kita peluk mana yang halal, bukan peluk yang haram. Eh eh, hahaha. Boleh? Sayang Allah tak? Kalau sayang, inshaAllah semuanya boleh.
 
 
Letakkan Allah yang pertama. Jadikan Al Quran pendamping di hati. Tetapkan Baginda SAW sebagai idola sampai akhir hayat. Pejuang agama Allah tidak akan pernah berhenti. InshaAllah.
 
 
 


 
 
Kalau kalian tanya saya "Kau nak kekal pakai purdah tak?"
 
Jawapan saya mudah "Taknak, sebab payah nak makan. Purdah sahabat yang saya pakai ni pun, habis kotor sebab makan. Hahaha, lagipun gais, purdah tak wajib. Plus, family saya tak izinkan. Tetapi, kalau lah dipanjangkan umur oleh Allah sempat merasa bagaimana perkahwinan itu, tiba tiba suami suruh pakai, saya pakailah. (eh eh sibuk fikir kahwin, exam SMA tak lepas lagi)"


 
 
p/s : ini hanyalah sekadar perkongsian dari kami dan pendapat saya. saya ingin memohon maaf dan silap andai cara penyampaian atau maklumat yang saya tulis ada yang tersalah atau menyakiti hati sesiapa. saya benarkan kalian tegur mana yang salah di ruangan komen yang tersedia. kalau ada yang ter typo atau ayat tunggang terbalik tu, minta maaf lah. maklumlah, tulis ni sampai larut malam baru siap. (pandang jam, 2:28 pagi) terima kasih :')