MasyaAllah ! Rasa macam dah lama sangat ni tak update entry baru. Hahah maklumlah. I'm still student in secondary school. Lagipun, aku baru habis exam awal tahun. Takde masa nak cari maklumat untuk blog ni. Tapi pada satu malam aku tengah study, tiba tiba akak senior sebelah katil cakap mengenai hari kiamat. Huh, seram juga sebenarnya. Tapi walaupun macam mane pun, topik macam ni lah yang patut kita ketengahkan pada masa kini.
- Tudung WAJIB dilabuhkan bawah paras dada.
- Pakaian WAJIB longgar. No jarang jarang or ketat okay.
- Stoking WAJIB pakai.
So macam mane ? Dah tutup dah aurat dengan sempurna? Takpelah, buat slow slow ye. Kita cakap pasal pergaulan pula. Dia atas muka bumi ini, terdapat lelaki dan perempuan. Sudah tentu, kita nak berkawan dengan semua orang. Tetapi, macam mane pun rasa nak berkawan dengan lelaki tu. Kawal lah. Jangan lah sampai sentuh pulak. Main cuit cuit bagai. Amboi, dia tu bukan muhrim kau. Jangan nak memandai kau lah nak main usik pegang orang yang bukan muhrim kau.Girls, jaga elok elok diri tu. Kalau nak berbincang or cakap something dengan lelaki tu, tak perlulah ayu sangat. Cakap biasa biasa je. Jangan jadi hipokrit! Tapi janganlah sampai tengking orang tu pulak. Cakap baik baik. Kalau nak panggil orang dari jarak jauh tu pulak, tak usah lah terjerit jerit. Tak elok lah orang pandang. Kita orang perempuan ni kenalah beradab sikit.
Allah berfirman : “Dan janganlah mereka menyentakkan kakinya ke tanah agar supaya diketahui apa yg mereka sembunyikan dari perhiasan mereka” (an-Nur:31).
1 – Mazhab Hanafi menjadikan larangan dalam ayat ini sebagai dalil bahawa : Suara perempuan adalah aurat sebab kalau suara gelang kaki saja dilarang maka lebih2 lagi suara perempuan itu sendiri.
2 – Mazhab Syafie dan lain-lain berpendapat bahawa : Suara perempuan bukan aurat. Sebab perempuan boleh berjual beli dan memberi keterangan sebagai saksi di hadapan hakim.
Al-Alusi berkata : “Yang tersebut di dalam kitab kitab fiqh Syafie, dimana aku sendiri cenderung kepada pendapat ini (suara bukan aurat) kecuali kalau dikhuatiri timbulnya fitnah”. (ruh al-ma’ani 18/146)
Walaupun sedemikian, seelok eloknya kita orang perempuan tak perlulah nak kuat kuat sangat suara. Orang lelaki dah berperanan menjadi pemimpin. So biarlah suara mereka sahaja yang kuat untuk membimbing. Haa, yang paling penting. Sekarang ni makin kuat eh orang suka mencarut. Nauzubillah. Kenapa ye orang orang sekarang suka sangat nak mencarut ? Tahu tak setiap perkataan yang kita cakap tu doa ? Molek ke doa macam tu ?! Nak sangat jadi bodoh , nak sangat jadi bab* =_= laju je korang cakap dekat orang lain.
Sudah lah ye, kita mula didik diri masing masing supaya jangan dah mencarut lepas ni. Boleh kan ? Baiklah. Sekadar ini sahaja yang dapat aku kongsikan. Aku pun bukanlah terlalu banyak mane ilmu. Sekadar tulis apa yang aku tahu dan rujukan dari internet. Semoga kita semua boleh istiqomah dengan apa yang kita buat lepas ni. In shaa Allah, aminn ;)
Woaa.. entry yg penuh bermakna
ReplyDeleteIn shaa Allah berguna utk semua orang ;)
Delete